Monday 18 August 2014

Penjagaan Berpantang

PETUA SIHAT SEGAR SEWAKTU DALAM BERPANTANG
EMAK DIDAPUR MEMASAK KARI
KAKAK MEMBANTU MENGUPAS KENTANG
BERINGAT SAMBIL MENGHITUNG HARI
PETUA DIIKUTI DALAM BERPANTANG
Selamat sahaja melahirkan,bermulanya dunia berpantang buat si Ibu.Selama empat puluh hari dikira dari hari pertama ,adalah di adatkan kepada Ibu yang baru melahirkan untuk menjalani pantang.Walaupun zaman yang serba canggih dan moden ini tapi diingatkan biarlah berpantang ikut cara tradisional. Golongan masyarakat hari ini rata-rata  tidak mengetahui malah membenci amalan berpantang selepas bersalin  dengan  berbagai alasan, antaranya ketingalan zaman dan amalan merapu.Ada yang mengatakan masyarakat barat tidak berpantang pun, mereka dengan sombong mengatakan mereka masyarakat moden dan tidak terikat lagi dengan amalan kuno tersebut. Mereka tidak faham, kebaikan dari amalan tersebut dan tubuh moden mereka sebenarnya lebih rapuh/reput dari masyarakat dulu kerana amalan makanan yg berkimia dan berbagai gaya hidup moden yang menghancurkan.
Disini ingin saya menerangkan kenapa perlu berpantang selama empat puluh hari. Berpantang bagi seorang wanita selepas melahirkan anak merupakan satu adat dan amalan yang wujud pada sesuatu agama. Bukan orang Melayu sahaja yang berpantang selama 40 hari, malahan dinegara-negara Arab, UK, USA dan Negara lain juga dikalangan orang Islam di sana ada yang mengamalkan kepercayaan demikian. Malah bukan sahaja orang Islam, bahkan kaum lain pun ada yang mengamalkan amalan tersebut.

Bagi mereka yang berpantang, mereka dilarang dari keluar rumah sepanjang 40 hari. Mereka juga disuruh berpantang dari beberapa jenis makanan seperti timun, buah-buahan dan sayuran yang dikatakan sejuk. Ada juga yang mengamalkan jamu dan juga berurut untuk membetulkan peranakan.

Hakikatnya didalam Islam, tidak ada larangan untuk wanita itu keluar dari rumah kurang dari 40 hari kelahiran bayi. Ia hanyalah adat dan budaya semata-mata.

Angka 40 itu sangat sinonim didalam agama Islam. Dikatakan jumhur ulama' menyatakan bahawa 40 hari merupakan waktu maximum seorang wanita dikecualikan dari melakukan ibadat seperti solat dan puasa. Selepas 40 hari, seseorang wanita itu diwajibkan mandi dan mula bersolat. Ada dikalangan ulama' yang membenarkan selama 60 hari. Ummu Salamah ra. berkata :

كَانَتِ النُّفَسَاءُ تَجْلِسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ..
"Semasa waktu Rasulullah :saw , wanita didalam nifas akan duduk (dikecualikan dari puasa dan solat, dsb) selama 40 hari..." [Riwayat al-Tirmudzi]

Imam al-Tirmudzi didalam komentarnya terhadap hadith ini berkata, telah ijma' ulama dari kalangan sahabat Nabi :saw, taabien, bahawa waktu maksima wanita didalam keadaan nifas tidak perlu menunaikan solat adalah selama 40 hari, melainkan telah bersih sebelum ini,maka hendaklah ia mandi dan bersolat.

Waktu minimum menurut Dr Abdul Karim Zaidan tidak ada hadnya, dan ini padangan ijma' fuqaha'. Dengan ertikata lain, sebaik sahaja tidak keluar lagi darah, maka wanita tersebut boleh mandi dan menunaikan solat. Menurut Dr Abdul Karim Zaidan lagi, pandangan yang rajih didalam hal waktu maksima nifas adalah 40 hari [Mufasal, 1/109].

Hukum wanita didalam nifas adalah sama dengan wanita didalam haid tanpa khilaf. Menurut Mazhab Syafie 'Apa yang diharamkan semasa nifas adalah diharamkan didalam haid'. Bagi Mazhab Maiki pula 'larangan didalam nifas semuanya dilarang didalam haid'. [Mufasal, 1/169].

Jenis-jenis aktiviti yang dilakukan oleh wanita selepas bersalin pada zaman Nabi :saw tidak pula saya berjumpa dengannya. Amalan yang paling hampir adalah bayi yang baru lahir itu hendaklah disusukan oleh wanita lain (selain ibunya) sekurang-kurangnya 2-3 hari selepas kelahirannya. Ini adalah elok sementara menunggu susu ibu tersebut menjadi pekat. Kebanyakkan orang Arab memberi tumpuan pada perkara ini, sebagaimana Nabi :saw diberi kepada Banu Sa'd untuk disusukan di kalangan mereka.

Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan orang yang lebih tua. Kaedahnya pelbagai, bergantung kepada keturunan dan budaya seseorang. Bagi wanita yang mementingkan kesihatan dan penjagaan diri, amalan berkenaan dianggap peluang untuk memulihkan kesihatan dalaman. Tidak hanya dari segi kesihatan, ia turut membabitkan kecantikan dan kecergasan diri biarpun sudah bergelar ibu.

RAWATAN DIDALAM TEMPOH BERPANTANG SEPERTI BERIKUT
Mandi Wiladah (Mandian Selepas Sahaja Melahirkan)
“Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala”.
Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap wanita yang bersalin. Dan diwajibkan juga mandi hadas sekali lagi setelah kering darah nifas.
Mandi air akar kayu dan rempah. Amalan mandi 44 jenis air rebusan rempah ratus seperti daun inai, serai wangi, daun pisang kering, bunga kantan dan daun kunyit juga penting bagi membuang bau hanyir darah yang melekat pada badan,mencantumkan urat putus serta  mengembalikan kesegaran dan kecergasan badan.
Body scrub / lulur badan - membantu menyingkirkan sel-sel mati serta memberikan kulit yang halus dan segar

Urutan Selepas Bersalin 
Matlamat utama mengurut adalah untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan. Urutan biasanya dimulakaan selepas tiga hari bersalin. Sekiranya tidak diurut dalam tempoh ini kemungkinan badan akan berasa sengal-sengal. Bahagian yang biasanya diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala.
Urutan selepas bersalin penting untuk mengembalikan bentuk tubuh seperti sebelum mengandung, mengurangkan ketegangan akibat kepenatan selepas melahirkan anak,melancarkan peredaran darah, membetulkan urat yang tegang semasa melahirkan anak,menenangkan fikiran, melancarkan pengaliran darah nifas, mengembalikan rahim ke tempat asalnya, membuang angina,memecahkan lemak dan menyihatkan badan
-NAIKKAN PERANAKAN
-NAIKKAN SERI MUKA
-KEMBALIKAN TENAGA
-MEMULIHKAN BADAN
Seelok-eloknya badan diurut sebulan sekali selepas habis pantang terutama di perut kerana angin berkumpul di situ. Kebanyakan penyakit yang datang dalam tempoh berpantang juga berpunca daripada perut.
Selepas bersalin, kedudukan peranakan wanita sedikit ‘lari’ daripada kedudukan asal. Urutan bertujuan menaikkan rahim dan tidak boleh dilakukan dengan kasar terutama di perut kerana ia dikhuatiri menyebabkan kecederaan dalaman.
Bertungku
Tidak lengkap amalan berpantang jika tidak bertungku. Tujuannya adalah untuk mengeluarkan darah kotor dalam tubuh terutamanya saki baki darah beku, membuang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yang kembang. Kesan positif daripada bertungku ialah darah nifas atau darah beku yang tertinggal di dalam perut akan keluar lebih banyak dari biasa.
Tungku yang dilapik dengan kain dibalut bersama daun mengkuang dan pandan.
Amalan bertungku juga berkesan untuk membuang lendir angin selain memecahkan lemak degil. Amalan bertungku ini memerlukan kesungguhan dan sebaik-baiknya dijalankan tidak kurang dari  45 minit dan bahagian paling dititikberatkan adalah paha dan perut
Bertungku
-Mengecutkan rahim bengkak
-Memecah lemak
-Membuang angin dalam badan
-Merangsang peredaran darah
-Memanaskan badan

Bertangas
Rawatan ini bertujuan membuang angin meroyan, menyihatkan peranakan, membetulkan kedudukan salur peranakan dan mengecutkan rahim. Ini penting untuk menyembuhkan luka dan jahitan segera. Biasanya rawatan ini perlu dijalankan selama setengah jam setiap kali bagi tempoh seminggu sekali bagi tempoh seminggu sekali sepanjang tempoh berpantang.

Bengkung
Amalan berbengkung dapat mengempiskan perut selain mengecutkan rahim bengkak selepas bersalin. Bengkung perlu dipakai sekurang-kurangnya lima jam sehari dan jika mampu wanita digalakkan berbengkung semula pada sebelah malam bagi membentuk semula tubuh, ibu bersalin perlu memakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.Berbengkung  dijadikan sebagai sokongan kepada perut lepas bersalin agar boleh berdiri dengan lurus dan mudah bergerak. Juga untuk mengelakkan dari berasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin.Ianya membantu  kepada tulang belakang buat ibu-ibu yg baru lepas bersalin. Ia juga berkesan untuk menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan proses kelahiran.
Pemakaian bengkung sehingga paras paha lebih digalakkan, kerana ia membentuk semula bahagian badan yang berlemak. Malah, untuk mengembalikan bentuk tubuh asal ibu bersalin digalakkan memakai bengkung selama 44 hari
-Mengembalikan bentuk badan
-Mengelak risiko perut buncit
-Mengekalkan kepanasan tubuh

Pilis dan Param
Pilis ialah campuran ramuan remah-rempah yang disapukan pada dahi untuk mengelakkan rasa pening-pening, sakit kepala atau pitam. Rawatan luar juga perlu dititikberatkan selain daripada rawatan dalaman. Ini dapat dilakukan dengan memakai param ke seluruh badan dan menyapu pilis di dahi. Tujuan pemakaiannya ialah untuk mengelakkan pening dan mata rabun.
Kebaikan memakai param pula ialah dapat menghaluskan kulit dan menghindarkan angin. Pemakaian herba dapat mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah.
Pemakai pilis dan param akan merasa nyaman dan berangin.

Minum Jamu
Amalan ini dapat membantu anda memanaskan badan agar mampu kelihatan bermaya sepanjang masa. Jamu juga dapat membantu mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan pengaliran darah, mengetatkan alat sulit, malawas pembuangan air besar, menghindarkan keputihan yang berlebihan seterusnya menyegarkan tubuh.
Pemakanan Ibu Dalam Pantang Masyarakat Melayu
Pemakanan antara aspek yang diambil berat semasa wanita dalam pantang. Makanan yang boleh memberi kesan baik kepada kesihatan ibu dan bayi elok diamalkan. Sebaliknya pula, makanan yang boleh mengganggu penyembuhan ibu serta kesihatan bayi elok dielakkan. manakala pemakanan harus dikawal secara ketat sehingga 40 hari yang pertama.
Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim.
* Makan tepat pada masanya untuk mengelakkan perut dan badan masuk angin.
* Nasi atau roti ambil dalam kadar yang sepatutnya. Jangan terlalu banyak.
* Makan biar sedikit tetapi kerap untuk mempercepatkan badan kembali ke bentuk asal.
* Air juga begitu. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap.
* Jangan kurangkan pengambilan air kerana badan ibu sangat memerlukan air untuk penyembuhan disamping ia dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu.
* Buah terbaik adalah buah oren kerana ia mengandungi banyak vitamin C yang membantu penyembuhan luka disamping fiber untuk melawaskan.
* Ikan terbaik adalah ikan haruan kerana ia mempercepatkan penyembuhan luka. Namun jangan amalkan makan ikan haruan setiap hari. Seminggu maksima 3 kali.
* Ayam – seelok-eloknya ayam kampung dan ayam dara.
* masakan yang dianjurkan adalah sama ada bakar, rebus, kukus atau panggang.
* Makanan yang dimasak elok ditambah rempah-rempah yang memanaskan seperti lada hitam, halia dan bawang putih.
* Kunyit pula bagus kerana khasiat perubatannya selain mengecutkan rahim.
* Perisa lain adalah yang boleh digunakan seperti asam keping/gelugur, asam limau dan asam jawa.

Elakkan
* Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
* Makanan yang dilarang antaranya yang bersifat sejuk, berangin, gatal-gatal dan tajam/berbisa.
* Jangan mengambil air teh atau air batu semasa dalam tempoh berpantang.
* Elakkan nenas, rebung, mangga dan jambu batu serta kebanyakan buah-buahan tempatan.
* Elakkan ikan sembilang, ikan keli, ikan kembung dan ikan pari kerana ia berduri.
* Elakkan menggoreng terutamanya dengan minyak banyak.

1. Ikan yg berduri dan berbisa (terubuk, pari, parang) –boleh menyebabkan badan bisa  dan bentan
2. Ikan masin + kering – nifas bau busuk
3. Udang, sotong, kerang, ikan kembung dan beberapa lg seafood – kulit gatal2
4. Sayur menjalar + sejuk + berangin (timun, kankung, petola, kacang panjang, terung) – sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
5. Buah yang sejuk (tembikai, betik, pisang, nangka, jambu, ) – sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
6. Air sejuk, air gas, air kelapa muda, cincau – sama seperti kesan buah dan sayur yang sejuk

Seks dalam pantang

Menurut kajian yang telah dilakukan, seks yang dilakukan selepas bersalin (dalam tempoh berpantang) boleh menyebabkan embolisma udara yang menyebabkan kematian. Embolisma udara dalam (tuut) akan berlaku apabila (tuut) dilakukan oleh pasangan anda terhadap anda. Udara yang ditiup masuk ke dalam (tuut) akan masuk ke dalam rahim dan seterusnya masuk ke dalam salur darah. Kesannya boleh membawa kepada KEMATIAN yang pernah dilaporkan terutamanya di negara-negara barat.



No comments:

Post a Comment