Thursday 13 December 2018

Salam Semua..Rasanya dah bertahun SS tak menulis di blog ini taoi nampaknya bila Rawatan Berpantang yang SS berikan semakin dikenali ramai maka SS ingin kongsi bersama pembaca-pembaca di blog ini agar dapat memudahkan mereka mendapatkan perkhidmatan kami,
Flyer dari kami juga ada kami sediakan untuk anda mendapatkan pilihan rawatan yang lebih tepat sekali.



Friday 19 September 2014

Rahsia Resepi Serta Petua Sihat,Segar dan Cantik !!: Confinement Lady (Rawatan Untuk Ibu,Anak serta Per...

Rahsia Resepi Serta Petua Sihat,Segar dan Cantik !!: Confinement Lady (Rawatan Untuk Ibu,Anak serta Per...: Memberikan perkhidmatan rawatan untuk Ibu,Anak serta persediaan makanan dan minuman Dalam Berpantang (Confinement Lady) Rawatan yang dibe...

Confinement Lady (Rawatan Untuk Ibu,Anak serta Persediaan Makanan dan Minuman Dalam Berpantang)

Memberikan perkhidmatan rawatan untuk Ibu,Anak serta persediaan makanan dan minuman Dalam Berpantang (Confinement Lady)
Rawatan yang diberikan:-

·        Rawatan Muka ,Rambut & Lulur Seluruh Badan(Scrubing)
·        Rawatan Urutan Muka,Rambut & Badan (Tradisional-Sengkak/Naikkan Rahim)
Urutan Aromatheraphy – Urutan Secara Lembut dan Relaxing
·        Rawatan Muka –  Jerawat,Jeragat ,Resdung (Facial Treatment)Injek Kologen(Filler),Anti Wrinkles
·        Rawatan Rambut – Cuci,Warna,Urutan Kepala,Rawatan Migrain
·        Rawatan Slimming – Urut (Krim Slimming) dan Injek Cairkan Lemak
·        Rawatan Mandian – Mandian Herba,Bunga dan Aura
(Tradisional –Mandian dengan 7 jenis bunga serta herba untuk Seri Wajah dan anggota badan)
(Aura – Menggunakan minyak essential yang harum untuk berikan semangat jati diri)
·        Bertangas /Sauna – Menggunakan herba serta haruman limau purut
·        Bertungku,Ikatan Bengkung dan Barut
·        Bekam – Bekam Angin dan Darah (mengikut sunah Nabi)
·        Menyediakan makanan dan minuman untuk wanita yang berpantang (Menu mengikut lauk untuk wanita bersalin)
·        Perkhidmatan menguruskan bayi baru lahir – Menjemur,Memandikan,Mengurut Lembut serta tungku bayi)

(MENGGUNAKAN PRODUK SS UNTUK KESELURUHAN RAWATAN)

Facebook : Siti Salabiah
                SS Beautiful Life Style Home Centre
Whatsap : 013 6109966

Confinement Lady-Rawatan Ibu Berpantang

PETUA SIHAT SEGAR  PENJAGAAN IBU DALAM BERPANTANG
Bila bersuara semakin lantang
Menyemarakkan semangat mengenang jasa
Tekun mengikuti petua berpantang
Menjamin kecergasan sepanjang masa

44 hari berpantang adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran bagi wanita yang dalam berpantang.Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita yang baru melahirkan,boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih rela dan tekun mengikuti tradisi ini.Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapat kembali potongan badan asal mereka, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekalkan minat suami terhadap mereka. 
Sesungguhnya, amalan-amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu.Kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan pendorong hidup wanita yang menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang. 

Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan,pakar rawatan wanita selepas bersalin atau tukang urut  yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati bahawa beberapa amalan berpantang adalah berfaedah. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan amalan mengurut. 

Pakar-pakar antropologi menerangkan bahawa asas amalan pantang-larang kaum Melayu berlandaskan teori empat elemen berkurun-kurun lama dahulu. Elemen-elemen itu ialah:
·         tanah, yang bersifat kering;
·         api, bersifat panas;
·         udara, sejuk;
·         dan, air, bersifat basah.


Elemen-elemen ini mestilah berada dalam keadaan seimbang pada badan seseorang. 

Ilmu perbidanan juga dikatakan satu anugerah Tuhan bagi individu dan keluarga yang terpilih sahaja, dengan tujuan supaya mereka membantu wanita dari semua lapisan masyarakat. Bidan kampung dianugerahkan kebolehan ini bagi membantu wanita-wanita desa. 

Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua amalan berpantang kerana tiada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling yang dapat memberi sokongan sebagaimana kehidupan masyarakat di kampung dahulu. Mengikut tradisi, ibu baru akan dibantu dan ditemani oleh:
·         bidan kampung;
·         pengasuh khusus;
·         emak sendiri atau ibu mertua.
Memang diakui bahawa tanpa orang lain membantu, ia akan sukar untuk mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna selama 44 hari. 

Namun begitu, beberapa amalan utama masih banyak dipraktikkan oleh wanita Melayu. Baca lebih lanjut mengenai:
·         Bengkung
·         Urut-mengurut
·         Jamu
·         Bertungku

Masalah-masalah dalam pantang

·         Darah Nifas
Wanita yang baru bersalin akan mengalami turun darah nifas yang hampir sama bentuknya dengan darah haid. Jangka waktu nifas lebih panjang daripada darah haid; purata lebih kurang dua minggu. Jika nifas berpanjangan melebihi jangka waktu ini, atau berlaku tumpah darah yang banyak mungkin ini menandakan gangguan atau penyakit dalam rahim.





·          Tumpah Darah
           Tumpah darah selepas bersalin atau post-partum haemorrhage biasa berlaku sebaik sahaja wanita melahirkan anak sama ada selepas uri dilahirkan ataupun sebelum uri dilahirkan dan ia terlekat dalam rahim. Keadaan tumpah darah yang begini amatlah berbahaya kerana biasanya ia berlaku dengan tidak semena-mena dan pendarahan boleh berlaku dengan amat banyak sehingga boleh meragut nyawa ibu.
Tumpah darah ketika ataupun sebaik sahaja lepas bersalin masih menjadi punca utama kematian ibu di Malaysia, khususnya ibu yang melahirkan anak di rumah. Masalah ini juga kerap dialami oleh ibu yang telah banyak kali melahirkan anak. Akibatnya rahim menjadi lemah dan tidak boleh kuncup dengan kuat untuk mengelakkan kejadian tumpah darah. Keadaan ini juga boleh berlaku di hospital atau di pusat-pusat kelahiran khususnya mereka yang mengalami kerumitan ketika melahirkan anak seperti kelahiran dengan cara forsep. Namun demikian jika ia berlaku di hospital atau pusat-pusat kelahiran, biasanya ia boleh diselamatkan kerana adanya kemudahan rawatan dalam bentuk tranfusi darah serta kakitangan yang boleh mengendalikannya.
Tumpah darah selepas bersalin mungkin juga boleh berlaku dalam masa 48 jam selepas bersalin atau bila-bila masa dalam seminggu selepas bersalin. Jika ia berlaku dalam masa 48 jam walaupun uri telah dikeluarkan, ini mungkin menandakan kuncupan rahim tidak begitu kuat ataupun sebahagian daripada uri atau selaput bayi masih tertinggal dalam rahim. Pendarahan mungkin juga disebabkan oleh jangkitan kuman dalam rahim. Setiap pendarahan yang berlaku dan melebihi had biasa perlu mendapat perhatian doktor dan jika ia berlaku dengan banyaknya pesakit perlu dibawa segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana ini boleh mengancam nyawa ibu.

Sebaiknya keadaan ini boleh dijauhkan dengan menentukan beberapa perkara:
           Pertama:
Ketika bayi dan uri dilahirkan tentukan setiap sudut uri diperiksa. Pemeriksaan ini untuk menentukan uri sempurna dilahirkan dan tiada bahagian, cebisan atau sisa-sisa yang tertinggal dalam rahim.
Kedua:
 Jauhkan daripada sakit beranak yang terlalu panjang dan berlarutan (prolonged labour). Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan tumpah darah berlaku. Bayi perlulah dilahirkan secara forsep atau pembedahan jika kesakitan bersalin melebihi hadnya. Wanita yang mengalami tumpah darah itu perlulah diberi tranfusi darah ataupun apa sahaja cecair yang sesuai dan mudah terdapat pada ketika itu jika darah tidak boleh didapati. Juga tentukan


rahim itu kuncup. Jika ia tidak kuncup, suntikan ubat ergometrine akan diberikan untuk menentukan rahim kuncup untuk menahan pendarahan. Pesakit ini perlu menjalani pembedahan kecil untuk membersihkan sisa-sisa uri atau selaput bayi yang mungkin tertinggal dalam rahim. Proses yang digelar evacuation of the uterus ini perlu dilakukan di bilik bedah.

·         Jangkitan Kuman Pada Pundi Air Kencing
Salah satu masalah yang kerap dialami oleh wanita selepas bersalin ialah jangkitan kuman pada pundi air kencing. Masalah ini juga sering dialami oleh wanita hamil kerana aliran air kencing menjadi perlahan dan bertakung akibat rahim yang membesar. Ketika proses kelahiran berlaku, pundi air kencing menjadi sasaran menyebabkan ia tertekan, terhimpit dan kadangkala tercedera.
Doktor perlu memasukkan alat catheter untuk mengeluarkan air kencing yang mungkin bertakung oleh sebab proses kelahiran. Ini boleh menyebabkan jangkitan kuman. Apabila jangkitan kuman berlaku, wanita itu kerap membuang air kecil tetapi sedikit-sedikit dan terasa sakit atau pedih. Jika tanda-tanda ini berlaku, perlulah perhatian doktor. Air kencing perlu diperiksa untuk menentukan sama ada rawatannya hanyalah dengan memakan ubat antibiotik selama lima hari atau seminggu.

·         Jangkitan Kuman Pada Luka Dan Rahim
Selain daripada pundi air kencing, jangkitan kuman juga boleh berlaku pada luka di bahagian kemaluan, luka oleh sebab pembedahan sesarean dan luka pada rahim iaitu luka yang berlaku apabila uri dilahirkan. Jagaan dan kebersihan pada tempat-tempat yang luka sangat penting untuk menjauhkan jangkitan kuman. Penting juga wanita meningkatkan sistem pertahanan diri supaya serangan kuman dapat dielakkan. Ini boleh dicapai melalui pemakanan yang seimbang kandungan zatnya.
Pengambilan pil vitamin perlu diteruskan supaya tahap kesihatan dapat ditingkatkan dan seterusnya boleh mengelakkan serangan kuman.
Luka pembedahan sesarean boleh dijangkiti kuman menyebabkan takungan nanah atau abcess. Wanita itu akan terasa sakit berdenyut-denyut pada luka menjadikannya merah. Takungan nanah ini perlu dibedah untuk mengeluarkan nanah.





Rawatan secara dressing akan dilakukan setiap hari di samping ubat antibiotik untuk dimakan. Luka episiotomi juga boleh menimbulkan masalah jika jahitannya terbuka sebelum sembuh. Keadaan ini digelar breakdown. Kejadian ini biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman atau takungan nanah pada luka.
Jika ini berlaku pembedahan kecil perlu dilakukan untuk setiap hari. Masalah pada luka ini jika tidak dirawat dengan betul boleh menimbulkan masalah jangka panjang seperti terasa sakit ketika mengadakan hubungan kelamin. Oleh itu, setiap wanita perlulah menjaga kebersihan serta menjauhkan masalah jangkitan kuman pada luka di kemaluan.
Jangkitan kuman pada rahim juga boleh berlaku. Tanda-tanda bagi jangkitan kuman pada rahim ialah demam panas, sakit perut dan lendir yang berbau.

·         Lendir
Lendir ini biasanya bercampur darah nifas. Masalah tumpah darah juga mungkin berlaku akibat jangkitan kuman. Rawatan yang khususnya ialah dengan makan ubat antibiotik. Jika ada sisa-sisa uri atau selaput bayi tertinggal dalam rahim, ini memerlukan pembersihan secara D&C yang dilakukan di hospital.

·         Masalah Buah Dada
Beberapa masalah buah dada boleh berlaku selepas bersalin. Pertama, bengkak buah dada atau breast engorgement. Ini biasanya disebabkan oleh saluran susu pada puting tetek tersekat. Untuk menjauhkan masalah ini penting bagi setiap bakal ibu membersihkan puting buah dada dengan air bersih.
Urutlah buah dada ke arah puting untuk memudahkan aliran susu. Jika menggunakan perkhidmatan bidan atau tukang urut, buah dada akan diurut, nescaya masalah saluran puting susu tersumbat boleh diatasi. Bengkak buah dada biasanya kerap berlaku di kalangan ibu yang tidak menyusukan anaknya.










Sebaiknya setiap ibu patut menyusukan bayinya dengan susu sendiri kerana khasiat makanan yang terkandung di dalamnya. Susu ibu sudah tersedia dan apa yang lebih pentingnya penyusuan ibu dapat merapatkan hubungan emosi antara bayi dan ibu. Terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang susu ibu. Bila diteliti, rupa-rupanya banyak Allah ceritakan tentang susu ibu dalam Al-Quran.

“Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu”
 – Surah Al-Baqarah, Ayat 233

Apa yang dapat kita simpulkan daripada firman Allah di atas?

PERINTAH & SURUHAN

Terang lagi jelas. Ini memberi maksud ia menjadi PERINTAH AGAMA supaya ibu-ibu menyusukan bayi mereka, selama 2 TAHUN, iaitu tempoh yang PALING SEMPURNA untuk kebaikan ibu dan anak.





Ubat ini mengandungi hormon estrogen yang dimakan lebih kurang lima hari. Ubat terbaru di pasaran untuk menyekat pengeluaran susu dan mencegah bengkak dan sakit buah dada ialah Bromocryptine yang dimakan selama beberapa hari.
Amalan menyusukan bayi dengan susu sendiri boleh mengatasi masalah yang saya nyatakan di atas. Di samping itu, kajian telah menunjukkan penyusuan ibu mungkin boleh menghindarkan atau mengurangkan risiko penyakit kanser buah dada. Oleh itu saya sering menasihatkan ibu menyusukan bayinya sendiri kerana menyusu sendiri itu amat banyak faedahnya. Penyusuan juga dikehendaki oleh agama Islam seperti yang ternyata dalam Surah al-Baqarah 233 yang bermaksud bahawa ibu patut menyusukan bayinya selama dua tahun.



  • Masalah Emosi
Dalam masa pantang, sesetengah ibu yang baru melahirkan anak kerap mengalami tekanan jiwa dan emosi. Tekanan ini memang telah wujud sejak ibu hamil dan berterusan hingga melahirkan anak. Ketika pantang pula ibu perlu memberi jagaan yang rapi kepada bayinya.
Tekanan fizikal dan mental mempunyai kesan yang kuat terhadap jiwa dan emosi ibu. Akibat tekanan darah ini segolongan wanita mengalami masalah kemurungan (depression) atau ada yang lebih teruk lagi mengalami masalah sakit jiwa (pueperal psychosis). Dalam keadaan yang amat menekan jiwa ada segelintir wanita yang cuba membunuh diri. Tekanan jiwa dan emosi ini boleh dijauhi jika sokongan dan nasihat yang sewajarnya dapat diberikan oleh orang yang penting dalam hidupnya seperti suami. Si isteri sepatutnya diberi bantuan, bukan sahaja bantuan fizikal dari segi jagaan terhadap isteri dan bayi yang baru lahir, tetapi juga sokongan moral. Saudara mara khususnya ibu wanita itu boleh juga membantu mengatasi masalahnya.

Jika ada tanda-tanda ibu itu mengalami kesedihan atau sakit jiwa, penting bagi suaminya membawa ibu ini berjumpa doktor atau pakar sakit jiwa supaya keadaan ini tidak akan berlarutan sehingga menimbulkan pueperal psychosis yang boleh membahayakan nyawa ibu. Pada masa ini, lingkungan keluarga menjadi semakin kecil. Sokongan moral dari saudara-mara makin berkurangan dan ini adalah salah satu faktor yang boleh mengakibatkan ramai wanita mengalami masalah emosi dan jiwa selepas bersalin. Sebaiknya hidup secara tradisi dengan mengamalkan keluarga luas atau extended family patut diteruskan supaya wanita yang baru bersalin dapat menghindarkan gejala-gejala emosi dan jiwa.

Monday 18 August 2014

Penjagaan Berpantang

PETUA SIHAT SEGAR SEWAKTU DALAM BERPANTANG
EMAK DIDAPUR MEMASAK KARI
KAKAK MEMBANTU MENGUPAS KENTANG
BERINGAT SAMBIL MENGHITUNG HARI
PETUA DIIKUTI DALAM BERPANTANG
Selamat sahaja melahirkan,bermulanya dunia berpantang buat si Ibu.Selama empat puluh hari dikira dari hari pertama ,adalah di adatkan kepada Ibu yang baru melahirkan untuk menjalani pantang.Walaupun zaman yang serba canggih dan moden ini tapi diingatkan biarlah berpantang ikut cara tradisional. Golongan masyarakat hari ini rata-rata  tidak mengetahui malah membenci amalan berpantang selepas bersalin  dengan  berbagai alasan, antaranya ketingalan zaman dan amalan merapu.Ada yang mengatakan masyarakat barat tidak berpantang pun, mereka dengan sombong mengatakan mereka masyarakat moden dan tidak terikat lagi dengan amalan kuno tersebut. Mereka tidak faham, kebaikan dari amalan tersebut dan tubuh moden mereka sebenarnya lebih rapuh/reput dari masyarakat dulu kerana amalan makanan yg berkimia dan berbagai gaya hidup moden yang menghancurkan.
Disini ingin saya menerangkan kenapa perlu berpantang selama empat puluh hari. Berpantang bagi seorang wanita selepas melahirkan anak merupakan satu adat dan amalan yang wujud pada sesuatu agama. Bukan orang Melayu sahaja yang berpantang selama 40 hari, malahan dinegara-negara Arab, UK, USA dan Negara lain juga dikalangan orang Islam di sana ada yang mengamalkan kepercayaan demikian. Malah bukan sahaja orang Islam, bahkan kaum lain pun ada yang mengamalkan amalan tersebut.

Bagi mereka yang berpantang, mereka dilarang dari keluar rumah sepanjang 40 hari. Mereka juga disuruh berpantang dari beberapa jenis makanan seperti timun, buah-buahan dan sayuran yang dikatakan sejuk. Ada juga yang mengamalkan jamu dan juga berurut untuk membetulkan peranakan.

Hakikatnya didalam Islam, tidak ada larangan untuk wanita itu keluar dari rumah kurang dari 40 hari kelahiran bayi. Ia hanyalah adat dan budaya semata-mata.

Angka 40 itu sangat sinonim didalam agama Islam. Dikatakan jumhur ulama' menyatakan bahawa 40 hari merupakan waktu maximum seorang wanita dikecualikan dari melakukan ibadat seperti solat dan puasa. Selepas 40 hari, seseorang wanita itu diwajibkan mandi dan mula bersolat. Ada dikalangan ulama' yang membenarkan selama 60 hari. Ummu Salamah ra. berkata :

كَانَتِ النُّفَسَاءُ تَجْلِسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ..
"Semasa waktu Rasulullah :saw , wanita didalam nifas akan duduk (dikecualikan dari puasa dan solat, dsb) selama 40 hari..." [Riwayat al-Tirmudzi]

Imam al-Tirmudzi didalam komentarnya terhadap hadith ini berkata, telah ijma' ulama dari kalangan sahabat Nabi :saw, taabien, bahawa waktu maksima wanita didalam keadaan nifas tidak perlu menunaikan solat adalah selama 40 hari, melainkan telah bersih sebelum ini,maka hendaklah ia mandi dan bersolat.

Waktu minimum menurut Dr Abdul Karim Zaidan tidak ada hadnya, dan ini padangan ijma' fuqaha'. Dengan ertikata lain, sebaik sahaja tidak keluar lagi darah, maka wanita tersebut boleh mandi dan menunaikan solat. Menurut Dr Abdul Karim Zaidan lagi, pandangan yang rajih didalam hal waktu maksima nifas adalah 40 hari [Mufasal, 1/109].

Hukum wanita didalam nifas adalah sama dengan wanita didalam haid tanpa khilaf. Menurut Mazhab Syafie 'Apa yang diharamkan semasa nifas adalah diharamkan didalam haid'. Bagi Mazhab Maiki pula 'larangan didalam nifas semuanya dilarang didalam haid'. [Mufasal, 1/169].

Jenis-jenis aktiviti yang dilakukan oleh wanita selepas bersalin pada zaman Nabi :saw tidak pula saya berjumpa dengannya. Amalan yang paling hampir adalah bayi yang baru lahir itu hendaklah disusukan oleh wanita lain (selain ibunya) sekurang-kurangnya 2-3 hari selepas kelahirannya. Ini adalah elok sementara menunggu susu ibu tersebut menjadi pekat. Kebanyakkan orang Arab memberi tumpuan pada perkara ini, sebagaimana Nabi :saw diberi kepada Banu Sa'd untuk disusukan di kalangan mereka.

Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan orang yang lebih tua. Kaedahnya pelbagai, bergantung kepada keturunan dan budaya seseorang. Bagi wanita yang mementingkan kesihatan dan penjagaan diri, amalan berkenaan dianggap peluang untuk memulihkan kesihatan dalaman. Tidak hanya dari segi kesihatan, ia turut membabitkan kecantikan dan kecergasan diri biarpun sudah bergelar ibu.

RAWATAN DIDALAM TEMPOH BERPANTANG SEPERTI BERIKUT
Mandi Wiladah (Mandian Selepas Sahaja Melahirkan)
“Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala”.
Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap wanita yang bersalin. Dan diwajibkan juga mandi hadas sekali lagi setelah kering darah nifas.
Mandi air akar kayu dan rempah. Amalan mandi 44 jenis air rebusan rempah ratus seperti daun inai, serai wangi, daun pisang kering, bunga kantan dan daun kunyit juga penting bagi membuang bau hanyir darah yang melekat pada badan,mencantumkan urat putus serta  mengembalikan kesegaran dan kecergasan badan.
Body scrub / lulur badan - membantu menyingkirkan sel-sel mati serta memberikan kulit yang halus dan segar

Urutan Selepas Bersalin 
Matlamat utama mengurut adalah untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan. Urutan biasanya dimulakaan selepas tiga hari bersalin. Sekiranya tidak diurut dalam tempoh ini kemungkinan badan akan berasa sengal-sengal. Bahagian yang biasanya diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala.
Urutan selepas bersalin penting untuk mengembalikan bentuk tubuh seperti sebelum mengandung, mengurangkan ketegangan akibat kepenatan selepas melahirkan anak,melancarkan peredaran darah, membetulkan urat yang tegang semasa melahirkan anak,menenangkan fikiran, melancarkan pengaliran darah nifas, mengembalikan rahim ke tempat asalnya, membuang angina,memecahkan lemak dan menyihatkan badan
-NAIKKAN PERANAKAN
-NAIKKAN SERI MUKA
-KEMBALIKAN TENAGA
-MEMULIHKAN BADAN
Seelok-eloknya badan diurut sebulan sekali selepas habis pantang terutama di perut kerana angin berkumpul di situ. Kebanyakan penyakit yang datang dalam tempoh berpantang juga berpunca daripada perut.
Selepas bersalin, kedudukan peranakan wanita sedikit ‘lari’ daripada kedudukan asal. Urutan bertujuan menaikkan rahim dan tidak boleh dilakukan dengan kasar terutama di perut kerana ia dikhuatiri menyebabkan kecederaan dalaman.
Bertungku
Tidak lengkap amalan berpantang jika tidak bertungku. Tujuannya adalah untuk mengeluarkan darah kotor dalam tubuh terutamanya saki baki darah beku, membuang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yang kembang. Kesan positif daripada bertungku ialah darah nifas atau darah beku yang tertinggal di dalam perut akan keluar lebih banyak dari biasa.
Tungku yang dilapik dengan kain dibalut bersama daun mengkuang dan pandan.
Amalan bertungku juga berkesan untuk membuang lendir angin selain memecahkan lemak degil. Amalan bertungku ini memerlukan kesungguhan dan sebaik-baiknya dijalankan tidak kurang dari  45 minit dan bahagian paling dititikberatkan adalah paha dan perut
Bertungku
-Mengecutkan rahim bengkak
-Memecah lemak
-Membuang angin dalam badan
-Merangsang peredaran darah
-Memanaskan badan

Bertangas
Rawatan ini bertujuan membuang angin meroyan, menyihatkan peranakan, membetulkan kedudukan salur peranakan dan mengecutkan rahim. Ini penting untuk menyembuhkan luka dan jahitan segera. Biasanya rawatan ini perlu dijalankan selama setengah jam setiap kali bagi tempoh seminggu sekali bagi tempoh seminggu sekali sepanjang tempoh berpantang.

Bengkung
Amalan berbengkung dapat mengempiskan perut selain mengecutkan rahim bengkak selepas bersalin. Bengkung perlu dipakai sekurang-kurangnya lima jam sehari dan jika mampu wanita digalakkan berbengkung semula pada sebelah malam bagi membentuk semula tubuh, ibu bersalin perlu memakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.Berbengkung  dijadikan sebagai sokongan kepada perut lepas bersalin agar boleh berdiri dengan lurus dan mudah bergerak. Juga untuk mengelakkan dari berasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin.Ianya membantu  kepada tulang belakang buat ibu-ibu yg baru lepas bersalin. Ia juga berkesan untuk menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan proses kelahiran.
Pemakaian bengkung sehingga paras paha lebih digalakkan, kerana ia membentuk semula bahagian badan yang berlemak. Malah, untuk mengembalikan bentuk tubuh asal ibu bersalin digalakkan memakai bengkung selama 44 hari
-Mengembalikan bentuk badan
-Mengelak risiko perut buncit
-Mengekalkan kepanasan tubuh

Pilis dan Param
Pilis ialah campuran ramuan remah-rempah yang disapukan pada dahi untuk mengelakkan rasa pening-pening, sakit kepala atau pitam. Rawatan luar juga perlu dititikberatkan selain daripada rawatan dalaman. Ini dapat dilakukan dengan memakai param ke seluruh badan dan menyapu pilis di dahi. Tujuan pemakaiannya ialah untuk mengelakkan pening dan mata rabun.
Kebaikan memakai param pula ialah dapat menghaluskan kulit dan menghindarkan angin. Pemakaian herba dapat mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah.
Pemakai pilis dan param akan merasa nyaman dan berangin.

Minum Jamu
Amalan ini dapat membantu anda memanaskan badan agar mampu kelihatan bermaya sepanjang masa. Jamu juga dapat membantu mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan pengaliran darah, mengetatkan alat sulit, malawas pembuangan air besar, menghindarkan keputihan yang berlebihan seterusnya menyegarkan tubuh.
Pemakanan Ibu Dalam Pantang Masyarakat Melayu
Pemakanan antara aspek yang diambil berat semasa wanita dalam pantang. Makanan yang boleh memberi kesan baik kepada kesihatan ibu dan bayi elok diamalkan. Sebaliknya pula, makanan yang boleh mengganggu penyembuhan ibu serta kesihatan bayi elok dielakkan. manakala pemakanan harus dikawal secara ketat sehingga 40 hari yang pertama.
Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim.
* Makan tepat pada masanya untuk mengelakkan perut dan badan masuk angin.
* Nasi atau roti ambil dalam kadar yang sepatutnya. Jangan terlalu banyak.
* Makan biar sedikit tetapi kerap untuk mempercepatkan badan kembali ke bentuk asal.
* Air juga begitu. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap.
* Jangan kurangkan pengambilan air kerana badan ibu sangat memerlukan air untuk penyembuhan disamping ia dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu.
* Buah terbaik adalah buah oren kerana ia mengandungi banyak vitamin C yang membantu penyembuhan luka disamping fiber untuk melawaskan.
* Ikan terbaik adalah ikan haruan kerana ia mempercepatkan penyembuhan luka. Namun jangan amalkan makan ikan haruan setiap hari. Seminggu maksima 3 kali.
* Ayam – seelok-eloknya ayam kampung dan ayam dara.
* masakan yang dianjurkan adalah sama ada bakar, rebus, kukus atau panggang.
* Makanan yang dimasak elok ditambah rempah-rempah yang memanaskan seperti lada hitam, halia dan bawang putih.
* Kunyit pula bagus kerana khasiat perubatannya selain mengecutkan rahim.
* Perisa lain adalah yang boleh digunakan seperti asam keping/gelugur, asam limau dan asam jawa.

Elakkan
* Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
* Makanan yang dilarang antaranya yang bersifat sejuk, berangin, gatal-gatal dan tajam/berbisa.
* Jangan mengambil air teh atau air batu semasa dalam tempoh berpantang.
* Elakkan nenas, rebung, mangga dan jambu batu serta kebanyakan buah-buahan tempatan.
* Elakkan ikan sembilang, ikan keli, ikan kembung dan ikan pari kerana ia berduri.
* Elakkan menggoreng terutamanya dengan minyak banyak.

1. Ikan yg berduri dan berbisa (terubuk, pari, parang) –boleh menyebabkan badan bisa  dan bentan
2. Ikan masin + kering – nifas bau busuk
3. Udang, sotong, kerang, ikan kembung dan beberapa lg seafood – kulit gatal2
4. Sayur menjalar + sejuk + berangin (timun, kankung, petola, kacang panjang, terung) – sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
5. Buah yang sejuk (tembikai, betik, pisang, nangka, jambu, ) – sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
6. Air sejuk, air gas, air kelapa muda, cincau – sama seperti kesan buah dan sayur yang sejuk

Seks dalam pantang

Menurut kajian yang telah dilakukan, seks yang dilakukan selepas bersalin (dalam tempoh berpantang) boleh menyebabkan embolisma udara yang menyebabkan kematian. Embolisma udara dalam (tuut) akan berlaku apabila (tuut) dilakukan oleh pasangan anda terhadap anda. Udara yang ditiup masuk ke dalam (tuut) akan masuk ke dalam rahim dan seterusnya masuk ke dalam salur darah. Kesannya boleh membawa kepada KEMATIAN yang pernah dilaporkan terutamanya di negara-negara barat.



Thursday 7 November 2013

Pakej Perkhidmatan Rawatan Wanita Serta Ibu Berpantang (Rawatan Ke Rumah


 PAKEJ RAWATAN KE RUMAH UNTUK WANITA SERTA IBU DALAM PANTANG

( Jika luar atau jauh dari daerah bandar Melaka,penambahan harga minyak (pengangkutan)   akan dikenakan mengikut jarak perjalanan )

PAKEJ RAWATAN UNTUK WANITA SERTA IBU SAHAJA
* Menggunakan Keseluruhan Produk Rawatan SS *

Rawatan Urutan (Massage) seluruh Anggota Badan                                                        RM 70/=
Scrubbing/Lulur Seluruh Tubuh Badan/Rawatan Muka dan Rambut/Mandian Herba/Bertangas/Urutan Tradisional dan Aromatheraphy ke Seluruh Tubuh Badan/ Sengkak / Bertungku & Pakaikan Bengkong

                                            * PAKEJ A ( RM 150/= ) 1 X Rawatan *
                                                 Untuk 1 kali Rawatan ( 2 Jam )

                                           * PAKEJ  B  ( RM 300 /= ) 3 hari Rawatan *
                                     Untuk 3 kali Rawatan ( 2 Jam Untuk 1kali Rawatan )

                                            * PAKEJ  C  ( RM 600 /= ) 7 hari Rawatan *
                                     Untuk 7 kali Rawatan ( 2 Jam Untuk 1kali Rawatan )

                                            * PAKEJ  D  ( RM 1,100 /= ) 15 hari Rawatan *
                                     Untuk 15 kali Rawatan ( 2 Jam Untuk 1kali Rawatan ) 

                                             * PAKEJ  E ( RM 2,000 /= ) 30 hari Rawatan *
                                     Untuk 30 kali Rawatan ( 2 Jam Untuk 1kali Rawatan )





PAKEJ RAWATAN UNTUK IBU SERTA BAYI
(Rawatan Untuk Ibu Berpantang merangkumi seperti rawatan di atas)

PAKEJ RAWATAN UNTUK BAYI
( Menjemur/Memandikan/Mengurut Lembut Seluruh Tubuh Bayi/ Tungku Seluruh      Anggota Tubuh Bayi/ Membedungkan Bayi ) * Barangan Mandian serta Kelengkapan Bayi  Tidak Disediakan *

                                              * PAKEJ A1  ( RM 200/= ) 1 hari Rawatan *
                                                 Untuk 1 kali Rawatan ( 3 Jam )

                                             * PAKEJ B1 ( RM 500/= ) 3 hari Rawatan *
                                           Untuk 3 kali Rawatan ( 3 Jam Untuk 1 kali Rawatan )

                                              * PAKEJ C1 ( RM 1,000/= ) 7 hari Rawatan *
                                          Untuk 7 kali Rawatan ( 3 Jam Untuk 1 kali Rawatan ) 

                                           * PAKEJ D1 ( RM 2,000/= ) 15 hari Rawatan *
                                         Untuk 15 kali Rawatan ( 3 Jam Untuk 1 kali Rawatan )    


                                             * PAKEJ E1 ( RM 3,800/= ) 30 hari Rawatan *
                                         Untuk 30 kali Rawatan ( 3 Jam Untuk 1 kali Rawatan )  


PERKHIDMATAN PERSEDIAAN MAKANAN DAN MINUMAN DALAM BERPANTANG




PAKEJ RAWATAN UNTUK IBU,BAYI DAN PERKHIDMATAN PERSEDIAAN MAKANAN DAN MINUMAN UNTUK IBU BERPANTANG
( Rawatan Untuk Ibu dan Bayi merangkumi seperti rawatan di atas)

PERKHIDMATAN PERSEDIAAN MAKANAN DAN MINUMAN UNTUK IBU BERPANTANG
( Memasak lauk serta menyediakan minuman mengikut menu Ibu Dalam Berpantang) *Bahan-bahan Memasak Disediakan Oleh Tuan Rumah.

                                             * PAKEJ A2  ( RM 250/= ) 1 hari Rawatan *
                                                 Untuk 1 kali Rawatan ( 4 Jam )

                                             * PAKEJ B2 ( RM 650/= ) 3 hari Rawatan *
                                     Untuk 3 kali Rawatan ( 4 Jam Untuk 1 kali Rawatan )

                                              * PAKEJ C2 ( RM 1,300/= ) 7 hari Rawatan *
                                     Untuk 7 kali Rawatan ( 4 Jam Untuk 1 kali Rawatan ) 

                                           * PAKEJ D2 ( RM 2,500/= ) 15 hari Rawatan *
                                     Untuk 15 kali Rawatan ( 4 Jam Untuk 1 kali Rawatan )    

                                           * PAKEJ E2 ( RM 4,800/= ) 30 hari Rawatan *
                                     Untuk 30 kali Rawatan ( 4 Jam Untuk 1 kali Rawatan )