PETUA SIHAT SEGAR SEWAKTU
DALAM BERPANTANG
EMAK
DIDAPUR MEMASAK KARI
KAKAK
MEMBANTU MENGUPAS KENTANG
BERINGAT
SAMBIL MENGHITUNG HARI
PETUA
DIIKUTI DALAM BERPANTANG
Selamat
sahaja melahirkan,bermulanya dunia berpantang buat si Ibu.Selama empat puluh
hari dikira dari hari pertama ,adalah di adatkan kepada Ibu yang baru
melahirkan untuk menjalani pantang.Walaupun zaman yang serba canggih dan moden
ini tapi diingatkan biarlah berpantang ikut cara tradisional. Golongan masyarakat hari ini rata-rata tidak mengetahui malah membenci amalan
berpantang selepas bersalin dengan berbagai alasan, antaranya ketingalan zaman
dan amalan merapu.Ada yang mengatakan masyarakat barat tidak berpantang pun,
mereka dengan sombong mengatakan mereka masyarakat moden dan tidak terikat lagi
dengan amalan kuno tersebut. Mereka tidak faham, kebaikan dari amalan tersebut
dan tubuh moden mereka sebenarnya lebih rapuh/reput dari masyarakat dulu kerana
amalan makanan yg berkimia dan berbagai gaya hidup moden yang menghancurkan.
Disini
ingin saya menerangkan kenapa perlu berpantang selama empat puluh hari. Berpantang bagi seorang wanita selepas melahirkan
anak merupakan satu adat dan amalan yang wujud pada sesuatu agama. Bukan orang
Melayu sahaja yang berpantang selama 40 hari, malahan dinegara-negara Arab, UK,
USA dan Negara lain juga dikalangan orang Islam di sana ada yang mengamalkan
kepercayaan demikian. Malah bukan sahaja orang Islam, bahkan kaum lain pun ada
yang mengamalkan amalan tersebut.
Bagi mereka yang berpantang, mereka dilarang dari keluar rumah sepanjang 40
hari. Mereka juga disuruh berpantang dari beberapa jenis makanan seperti timun,
buah-buahan dan sayuran yang dikatakan sejuk. Ada juga yang mengamalkan jamu
dan juga berurut untuk membetulkan peranakan.
Hakikatnya didalam Islam, tidak ada larangan untuk wanita itu keluar dari rumah
kurang dari 40 hari kelahiran bayi. Ia hanyalah adat dan budaya semata-mata.
Angka 40 itu sangat sinonim didalam agama Islam. Dikatakan jumhur ulama'
menyatakan bahawa 40 hari merupakan waktu maximum seorang wanita dikecualikan
dari melakukan ibadat seperti solat dan puasa. Selepas 40 hari, seseorang
wanita itu diwajibkan mandi dan mula bersolat. Ada dikalangan ulama' yang
membenarkan selama 60 hari. Ummu Salamah ra. berkata :
كَانَتِ النُّفَسَاءُ تَجْلِسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ..
"Semasa
waktu Rasulullah :saw , wanita didalam nifas akan duduk (dikecualikan dari
puasa dan solat, dsb) selama 40 hari..." [Riwayat al-Tirmudzi]
Imam al-Tirmudzi didalam komentarnya terhadap hadith ini berkata, telah ijma'
ulama dari kalangan sahabat Nabi :saw, taabien, bahawa waktu maksima wanita
didalam keadaan nifas tidak perlu menunaikan solat adalah selama 40 hari,
melainkan telah bersih sebelum ini,maka hendaklah ia mandi dan bersolat.
Waktu minimum menurut Dr Abdul Karim Zaidan tidak ada hadnya, dan ini padangan
ijma' fuqaha'. Dengan ertikata lain, sebaik sahaja tidak keluar lagi darah,
maka wanita tersebut boleh mandi dan menunaikan solat. Menurut Dr Abdul Karim
Zaidan lagi, pandangan yang rajih didalam hal waktu maksima nifas adalah 40
hari [Mufasal, 1/109].
Hukum wanita didalam nifas adalah sama dengan wanita didalam haid tanpa khilaf.
Menurut Mazhab Syafie 'Apa yang diharamkan semasa nifas adalah diharamkan
didalam haid'. Bagi Mazhab Maiki pula 'larangan didalam nifas semuanya dilarang
didalam haid'. [Mufasal, 1/169].
Jenis-jenis aktiviti yang dilakukan oleh wanita selepas bersalin pada zaman
Nabi :saw tidak pula saya berjumpa dengannya. Amalan yang paling hampir adalah
bayi yang baru lahir itu hendaklah disusukan oleh wanita lain (selain ibunya)
sekurang-kurangnya 2-3 hari selepas kelahirannya. Ini adalah elok sementara
menunggu susu ibu tersebut menjadi pekat. Kebanyakkan orang Arab memberi
tumpuan pada perkara ini, sebagaimana Nabi :saw diberi kepada Banu Sa'd untuk
disusukan di kalangan mereka.
Biasanya
amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan orang yang
lebih tua. Kaedahnya pelbagai, bergantung kepada keturunan dan budaya
seseorang. Bagi wanita yang mementingkan kesihatan dan penjagaan diri, amalan
berkenaan dianggap peluang untuk memulihkan kesihatan dalaman. Tidak hanya dari
segi kesihatan, ia turut membabitkan kecantikan dan kecergasan diri biarpun
sudah bergelar ibu.
RAWATAN
DIDALAM TEMPOH BERPANTANG SEPERTI BERIKUT
Mandi Wiladah (Mandian
Selepas Sahaja Melahirkan)
“Sahaja
aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah
Taala”.
Wiladah
ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Mandi wiladah
ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap wanita yang bersalin.
Dan diwajibkan juga mandi hadas sekali lagi setelah kering darah nifas.
Mandi
air akar kayu dan rempah. Amalan
mandi 44 jenis air rebusan rempah ratus seperti daun inai, serai wangi, daun
pisang kering, bunga kantan dan daun kunyit juga penting bagi membuang bau
hanyir darah yang melekat pada badan,mencantumkan urat putus serta mengembalikan kesegaran dan kecergasan badan.
Body scrub / lulur badan - membantu menyingkirkan sel-sel mati serta
memberikan kulit yang halus dan segar
Urutan Selepas
Bersalin
Matlamat
utama mengurut adalah untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan
badan. Urutan biasanya dimulakaan selepas tiga hari bersalin. Sekiranya tidak
diurut dalam tempoh ini kemungkinan badan akan berasa sengal-sengal. Bahagian
yang biasanya diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan
kepala.
Urutan
selepas bersalin penting untuk mengembalikan bentuk tubuh seperti sebelum
mengandung, mengurangkan ketegangan akibat kepenatan selepas melahirkan
anak,melancarkan peredaran darah, membetulkan urat yang tegang semasa
melahirkan anak,menenangkan fikiran, melancarkan pengaliran darah nifas,
mengembalikan rahim ke tempat asalnya, membuang angina,memecahkan lemak dan
menyihatkan badan
-NAIKKAN
PERANAKAN
-NAIKKAN
SERI MUKA
-KEMBALIKAN
TENAGA
-MEMULIHKAN
BADAN
Seelok-eloknya
badan diurut sebulan sekali selepas habis pantang terutama di perut kerana
angin berkumpul di situ. Kebanyakan penyakit yang datang dalam tempoh
berpantang juga berpunca daripada perut.
Selepas
bersalin, kedudukan peranakan wanita sedikit ‘lari’ daripada kedudukan asal.
Urutan bertujuan menaikkan rahim dan tidak boleh dilakukan dengan kasar
terutama di perut kerana ia dikhuatiri menyebabkan kecederaan dalaman.
Bertungku
Tidak
lengkap amalan berpantang jika tidak bertungku. Tujuannya adalah untuk
mengeluarkan darah kotor dalam tubuh terutamanya saki baki darah beku, membuang
angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat
yang kembang. Kesan positif daripada bertungku ialah darah nifas atau darah
beku yang tertinggal di dalam perut akan keluar lebih banyak dari biasa.
Tungku
yang dilapik dengan kain dibalut bersama daun mengkuang dan pandan.
Amalan
bertungku juga berkesan untuk membuang lendir angin selain memecahkan lemak
degil. Amalan bertungku ini memerlukan kesungguhan dan sebaik-baiknya dijalankan
tidak kurang dari 45 minit dan bahagian
paling dititikberatkan adalah paha dan perut
Bertungku
-Mengecutkan
rahim bengkak
-Memecah
lemak
-Membuang
angin dalam badan
-Merangsang
peredaran darah
-Memanaskan
badan
Bertangas
Rawatan
ini bertujuan membuang angin meroyan, menyihatkan peranakan, membetulkan
kedudukan salur peranakan dan mengecutkan rahim. Ini penting untuk menyembuhkan
luka dan jahitan segera. Biasanya rawatan ini perlu dijalankan selama setengah
jam setiap kali bagi tempoh seminggu sekali bagi tempoh seminggu sekali
sepanjang tempoh berpantang.
Bengkung
Amalan
berbengkung dapat mengempiskan perut selain mengecutkan rahim bengkak selepas
bersalin. Bengkung perlu dipakai sekurang-kurangnya lima jam sehari dan jika
mampu wanita digalakkan berbengkung semula pada sebelah malam bagi membentuk
semula tubuh, ibu bersalin perlu memakai bengkung sepanjang tempoh
berpantang.Berbengkung dijadikan sebagai
sokongan kepada perut lepas bersalin agar boleh berdiri dengan lurus dan mudah
bergerak. Juga untuk mengelakkan dari berasa sakit setiap kali terbatuk atau
terbersin.Ianya membantu kepada tulang
belakang buat ibu-ibu yg baru lepas bersalin. Ia juga berkesan untuk
menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan proses
kelahiran.
Pemakaian
bengkung sehingga paras paha lebih digalakkan, kerana ia membentuk semula
bahagian badan yang berlemak. Malah, untuk mengembalikan bentuk tubuh asal ibu
bersalin digalakkan memakai bengkung selama 44 hari
-Mengembalikan
bentuk badan
-Mengelak
risiko perut buncit
-Mengekalkan
kepanasan tubuh
Pilis dan Param
Pilis
ialah campuran ramuan remah-rempah yang disapukan pada dahi untuk mengelakkan
rasa pening-pening, sakit kepala atau pitam. Rawatan luar juga perlu
dititikberatkan selain daripada rawatan dalaman. Ini dapat dilakukan dengan
memakai param ke seluruh badan dan menyapu pilis di dahi. Tujuan pemakaiannya
ialah untuk mengelakkan pening dan mata rabun.
Kebaikan
memakai param pula ialah dapat menghaluskan kulit dan menghindarkan angin.
Pemakaian herba dapat mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah.
Pemakai
pilis dan param akan merasa nyaman dan berangin.
Minum Jamu
Amalan
ini dapat membantu anda memanaskan badan agar mampu kelihatan bermaya sepanjang
masa. Jamu juga dapat membantu mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan
pengaliran darah, mengetatkan alat sulit, malawas pembuangan air besar,
menghindarkan keputihan yang berlebihan seterusnya menyegarkan tubuh.
Pemakanan Ibu Dalam Pantang
Masyarakat Melayu
Pemakanan
antara aspek yang diambil berat semasa wanita dalam pantang. Makanan yang boleh
memberi kesan baik kepada kesihatan ibu dan bayi elok diamalkan. Sebaliknya
pula, makanan yang boleh mengganggu penyembuhan ibu serta kesihatan bayi elok
dielakkan. manakala pemakanan harus dikawal secara ketat sehingga 40 hari yang
pertama.
Pada
minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan
mengecutkan rahim.
*
Makan tepat pada masanya untuk mengelakkan perut dan badan masuk angin.
*
Nasi atau roti ambil dalam kadar yang sepatutnya. Jangan terlalu banyak.
*
Makan biar sedikit tetapi kerap untuk mempercepatkan badan kembali ke bentuk
asal.
*
Air juga begitu. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap.
*
Jangan kurangkan pengambilan air kerana badan ibu sangat memerlukan air untuk
penyembuhan disamping ia dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu.
*
Buah terbaik adalah buah oren kerana ia mengandungi banyak vitamin C yang
membantu penyembuhan luka disamping fiber untuk melawaskan.
*
Ikan terbaik adalah ikan haruan kerana ia mempercepatkan penyembuhan luka.
Namun jangan amalkan makan ikan haruan setiap hari. Seminggu maksima 3 kali.
*
Ayam – seelok-eloknya ayam kampung dan ayam dara.
*
masakan yang dianjurkan adalah sama ada bakar, rebus, kukus atau panggang.
*
Makanan yang dimasak elok ditambah rempah-rempah yang memanaskan seperti lada
hitam, halia dan bawang putih.
*
Kunyit pula bagus kerana khasiat perubatannya selain mengecutkan rahim.
*
Perisa lain adalah yang boleh digunakan seperti asam keping/gelugur, asam limau
dan asam jawa.
Elakkan
*
Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
*
Makanan yang dilarang antaranya yang bersifat sejuk, berangin, gatal-gatal dan
tajam/berbisa.
*
Jangan mengambil air teh atau air batu semasa dalam tempoh berpantang.
*
Elakkan nenas, rebung, mangga dan jambu batu serta kebanyakan buah-buahan
tempatan.
*
Elakkan ikan sembilang, ikan keli, ikan kembung dan ikan pari kerana ia berduri.
*
Elakkan menggoreng terutamanya dengan minyak banyak.
1.
Ikan yg berduri dan berbisa (terubuk, pari, parang) –boleh menyebabkan badan
bisa dan bentan
2.
Ikan masin + kering – nifas bau busuk
3.
Udang, sotong, kerang, ikan kembung dan beberapa lg seafood – kulit gatal2
4.
Sayur menjalar + sejuk + berangin (timun, kankung, petola, kacang panjang,
terung) – sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
5.
Buah yang sejuk (tembikai, betik, pisang, nangka, jambu, ) – sakit tulang,
sejuk otot, lemah sendi
6.
Air sejuk, air gas, air kelapa muda, cincau – sama seperti kesan buah dan sayur
yang sejuk
Seks dalam pantang
Menurut
kajian yang telah dilakukan, seks yang dilakukan selepas bersalin (dalam tempoh
berpantang) boleh menyebabkan embolisma udara yang menyebabkan kematian.
Embolisma udara dalam (tuut) akan berlaku apabila (tuut) dilakukan oleh
pasangan anda terhadap anda. Udara yang ditiup masuk ke dalam (tuut) akan masuk
ke dalam rahim dan seterusnya masuk ke dalam salur darah. Kesannya boleh
membawa kepada KEMATIAN yang pernah dilaporkan terutamanya di negara-negara
barat.